Tuesday, July 31, 2007

Pihak kebenaran pasti akan Menang!!! ALLAHUAKBAR!!

Syukron..... atas email yg diforwardkan pd ana atas information tentang kumpulan ASPIRASI pro-Umno di IPTA yang sdg 'hangat' di pasaran ipt. sememangnya bagi pengikut2 dlm kumpulan2 ini memang TAK SEDAR-SEDAR lagi hakikat yang sebenar mereka itu dijadikan sebagai ' batu lonjatan' demi memenuhi kepentingan politik semata-mata. Mereka yang tidak sedar-sedar lagi tu bagi ana umpama titian yang digunakan, yang dipijak-pijak utk selamatkan kepentingan pihak yang mempergunakan mereka tu tapi tak sedar2 lg.

Syabas juga ana nak ucapkan pada Presiden MPP UTEM yang berani menegakkan KENENARAN yang sebenar-benarnya dan bukanlah kebenaran palsu yg ada sesetengah pihak laung-laungkan tapi hanya tinggal angan-angan tahi ayam yg hanya cakap di mulut tapi tak buat, kirenya hanya omong-omong kosong atau cakap tak serupa bikin.

Para Sahabatku sekalian,
Cuba kita perhatikan, kalau daripada atasan pun dah adanya pegangan 'cakap tak serupa bikin' ni apatah lagilah di peringkat yang bawahan. inilah tradisi yg mereka terapkan iaitu janji kosong. Kalau sebelum dilantik jd wakil rakyat mcm2 yg hendak di bantu atau dibangunkan, kononnya nk ambil hati rakyat kerana dalam Kitab perlembagaan yang mereka agung-agungkan tu, ada menyebut, definasi pilihanraya, pemimpin dipilih atas kemahuan rakyat iaitu pemimpin berkhidmat utk rakyat atau pemimpin utk rakyat. Namun selepas tu, bila pangkat, harta dan kuasa mengaburi mata, mulalah 'Terlupa' sebab mata dah kena tutup dengan kesenangan dunia.Dahlah begitu, bila dah ada kuasa, dan pangkat senang2 nk hapuskan nyawa org lain, sesuai dgn kes yg sdg hangat di tabloid skrg ni, bila disebut sekali nama pemimpin tu, pastu tidak lagi disebut dan kalau org lain kena bg keterangan, dia bersembunyi di dalam sangkarnya dgn siap hamba2 abdinya yg umpama lembu kena cucuk di hidung. Ikut shj perintah asalkan duit ada, perut kenyang, hati senang. Mata dah jadi buta, dah tak nampak mana yang benar, mana yang salah. semuanya bercampur aduk.

Tapi cuba bayangkan, kalaulah org dari luar negara dia blh buat mcm tu, agaknya apa akan jadi dgn rakyat di bawah pemerintahnya kelak??? Mudah aja dia dgn sesuka hatinya mencabut nyawa org2 yg tidak disukai dgn alasan blh mengancam keselamatannya atau negara.Nauzubillah. ...

Mereka mengagung-agungkan Kitab perlembagaan yg bagi mereka lebih baik utk umat manusia seperti yg ana baru2 hadir dlm satu seminar wanita di uitm. bila ditanya, adakah kita hendak menolak ketetapan ALLAH SWT atau hadis Rasullah SAW? kerana penceramah tu dgn rela hatinya menerima sistem2 yg dikatakan adil ini. Katanya, tak kisahlah kalau sistem2 tu dtg dari kafir atau tidak, asalkan kita tak dizalimi, asalkan kita takda masalah. mengapa kita nak mempertikaikan? ?? Jawapannya betul2 buat ana CONFUSE.

Adakah kita nak tolak ketetapan ALLAH???Adakah kita nak ambil contoh yg selain drpd Rasullah SAW itu sendiri???Bukankah Telah ALLAH nyatakan bahawasanya ALLAH telah lengkapkan agama dan nikmat-NYA dan Redho Islam ini agama yg benar dan lengkap. Kenapa lengkap??? kita semua tahu dlm al-Quran telah menyatakan tentang semua aspek, daripada hal2 perkahwinan, anak2 sehinggalah aspek yg lebih besar iaitu tentang sistem pemerintahan, perniagaan, hubungan antarbangsa dan org2 bkn Islam dan diperkuatkan lg dan diterangkan lg oleh Rasulullah SAW junjungan mulia, ikutan yg utama. Lupa? Tak sedar ke?

Adakah kita sehingga sekarang nk pertahankan lg sistem2 barat/kafir yg suatu masa dahulu memperkotak- katikkan maruah agama, maruah bangsa atuk nenek moyang kita dan tanahair itu sendiri??? mereka berjuang dan mati syahid mempertahankannya tapi kita hari ni senang lenang membenarkan duduk di bwh sistem yg di bawa oleh mereka sedangkan mereka di sana terbahak-bahak ketawakan kita sbb kita dh merdeka tapi sebenarnya, hakikatnya masih lg dijajah mereka.ana sedih teramat sangat sbb ramai lg saudara kita yg TAK SEDAR-SEDAR. ...

Beliau ada juga berhujah tentang ayat2 ALLAH yg mengatakan dlm sinopsisnya kita tak boleh mengikuti sebahagian dlm kitab kemudian mengingkari sebahagiannya. Ana bertambah CONFUSE. Apakah yg dia maksudkan? Setahu ana, ustaz pernah terangkan pada ana ayat ALLAH itu yg bermaksud tidak lain dan tidak bukan adalah Kitab ALLAH, al-Quran itu sendiri, bukannya Kitab Perlembagaan yg dia pertahankan itu. Ana ada juga utarakan hadith Rasulullah SAW yg mengatakan tnntg akhir zaman di mana akan adanya Amir yg bodoh di mana dia tak menjadikan al-Quran dan Sunnah sbg rujukan utama serta tak mengikuti jejak Nabi dlm semua perkara maka Nabi Saw bersabda,

"Jika rakyat di bawah pemerintahan Amir bodoh ini pun turut mengikuti dan menyokong kebatilan yg dibawanya maka aku bukanlah sebahagian daripada mereka dan mereka bukan sebahagian daripada aku dan di akhirat aku tidak akan mengaku mereka umatku dan takkan mereka dapat datang ke telaga kauthar ku. Namun jika rakyat2 menentang yg batil itu hatta di dlm hati sekalipun maka mereka adalah sebahagian dariku dan aku sebahagian daripada mereka dan mereka akan ku alu-alukan di akhirat nanti ke telaga kautharku."

Maka, ana timbulkan persoalan adakah kita Negara Islam seperti yg dinyatakan dlm perkara 3, agama Islam agama rasmi persekutuan? adakah dgn pernyataan ini telah menjadikan kita negara islam seperti yg dikatakan oleh penceramah tersebut. Namun sekali lg dia menyatakan dalil-dalilnya utk membidas, maka ana pun hanya mampu berdoa utk dia agar diberi hidayah agar ALLAH dpt tunjukkan kebenaran yg sebenar di sebalik tipu muslihat yg di bawa oleh pihak2 yg tertentu.
Persoalannya....
Kalaulah kita sbg umat Islam sendiri tak mempertahankan Islam ini siapa lagi???

Namun dlm hati, ana masih yakin, tidak semua org2 atasan yg menyokong cara politik yang di jalankan. ana pasti mereka sendiri dlm proses utk menegakkan kebenaran dan ana doakan pihak kebenaran pasti akan menang jua akhirnya.

Sama2lah kita berkerjasama mendokong tanggungjawab menegakkan syiar ALLAH ini dan banyakkan doa agar ALLAH menghantar pertolongan- NYA walau dari kerajaan langit sekalipun.Bagi ana, KEBENARAN pasti akan terbongkar dgn izin ALLAH. Kebohongan tidak akan mampu bertahan lama, ia akan jatuh di kaki KEBENARAN jua akhirnya.

ALLAHUAKBAR! !!
Ukuwwah Fillah....

(Maaf jika ada silap kata... tapi renung2kanlah....)

Mana Keadilannya???

Assalamualaykum...
Ini sedikit perkongsian dari seorang akhi tentang kump pro-Umno di ipta yg di frowardkan ke email ana baru2 ni. Ini sbg perkongsian utk antum semua apa yg berlaku di negara kita kini.

Apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Adham Baba silap membaca surah al-Ma'un semasa hari terakhir Seminar Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia baru-baru ini, maka tidak hairanlah mengapa mahasiswa IPTA hari ini makin jauh dari pedoman al-Quran.
Juga tidak hairanlah apabila pelajar Universiti Malaya tergamak menganjurkan stupid debate ("Pertandingan Debat Bodoh lagi Membangangkan" ) yang membicarakan soal-soal seks murahan di kalangan mahasiswa baru.

Program yang menemukan seluruh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar MPP pada 9 hingga 11 September 2007 di Esset Bangi itu dikejutkan apabila Presiden MPP Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTEM) dengan berani dan bergaya bertanya kepada Adham tentang mengapa perlu ada kumpulan ASPIRASI pro-Umno di IPTA?
Sepatutnya, tambah presiden pelajar berkenaan, kita tidak perlu ada kumpulan Asprasi pro-Umno mahupun pembangkang kerana mahasiswa wajar diberi kebebasan membina identiti dan sikap tersendiri. Mahasiswa bukan budak-budak hingusan yang terpaksa akur dengan apa saja kehendak pemerintah.
Adham dengan muka yang pucat menjawab, jika itu yang dikehendaki mahasiswa maka pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedia membenarkan slogan "dari mahasiswa untuk mahasiswa" diperjuangkan oleh mahasiswa. Tidak akan ada campurtangan Umno dan mana-mana parti luar. Itu jaminan dan janji beliau.
Apa yang lebih menarik, Adham sebenarnya tidak mampu menatap wajah Presiden MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia apabila ditanya tentang kelewatan pihak UIAM memberi watikah perlantikan sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar selepas pelajar bukan Aspirasi itu memenangi pilihan raya kampus yang lalu.
Meskipun hanya UIAM yang tidak dikuasai pelajar Aspirasi pro-Umno, namun KPT dan pentadbiran universiti berkenaan secara rakus menyalahgunakan kuasa apabila menafikan kemenangan itu dalam tempoh yang begitu lama.
Semua peserta seminar kehairanan apabila Adham Baba tidak mampu menjawab, kelu seribu bahasa. Begitulah reaksi Adham. Tercegat bagaikan orang salah. Dengan muka tersipu-sipu dia diam seribu bahasa.
Yang pasti, keadilan tidak diberi kepada mahasiswa UIA. Mereka sudah memilih barisan kepemimpinan yang mereka suka, tetapi pihak universiti langsung tidak menghormati pilihan mereka itu. Inikah negara demokrasi seperti yang diuar-uarkan oleh pensyarah IPTA seluruh Malaysia?
Begitulah pengecutnya pihak KPT apabila berhadapan dengan pimpinan mahasiswa yang berwibawa dan berani mengemukakan soalan yang bernas.
Rupanya menjadi pembohong adalah syarat utama bagi orang Umno. Walaupun Adham menjanjikan tidak akan ada lagi kumpulan Aspirasi pro-Umno atau pembangkang dalam pilihan raya kampus, ternyata itu semua adalah sandiwara.
Lidah bercabang Adham terbukti apabila pada malam itu juga (11 Julai 2007), beliau telah mengadakan mesyuarat sulit dengan Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TTNC HEP) seluruh Malaysia di Pusat Komputer UKM bagi membincangkan persiapan pilihan raya kampus.
Fokus utama perjumpaan itu ialah strategi untuk memenangkan kumpulan Aspirasi pro-Umno dalam pilihan raya kampus yang dijangka diadakan pada bulan September ini. TTNC HEP sekali lagi dilacurkan dan entah sudah berapa kali dilacurkan!
Nah, apa yang hendak disangkal lagi? Umno hendak bertempur dengan budak-budak, dengan menggunakan segala bala tenteranya tanpa segan silu! Mereka tanpa henti akan membohongi mahasiswa demi kepentingan parti politik dan akhirnya menjumudkan pemikiran seluruh mahasiswa. Justeru, usah tangiskan mengapa mahasiswa sekarang sudah begitu rosak akhlak mereka.
Mahasiswa Aspirasi pro-Umno adalah umpama ayam daging dan sekarang masyhur dengan jolokan "angguk-angguk geleng-geleng" , sekadar mengampu apa sahaja hasrat Umno tanpa mengambil kira nasib rakan mahasiswa 10 tahun akan datang.


Kepada: amal_maahad@ yahoogroups. com
Daripada: are peace Tarikh: Sat, 21 Jul 2007 16:39:56 +0800 (CST)Subjek: [amal_maahad] KPT kecut

Friday, July 27, 2007

يا امي

Arabic Version

يا امي

انت مثل الشمس
التي تعطينا اشعتها
التي تحترق
من اجل ان تضئ العالم

يا امـــــــــــــي

انتي مثل القمر
الذي يعكس ضؤه في الظلام
من أجل
النور في الليل


يا أمــــــــــي
انتي الخير في كل شي فعلتيه من أجلي
و لن استطيع رد الجميل الذي فعلتيه من أجلي
أمي, كم من مرة ضحيتي من أجلي
و لم تطلبي من رد جميلك
شكرا

حتى لو قست الحياه علينا
انتي لازلتي صامده و صابره من أجلي
و أنتي التي في سبيل الله
تفعلي اي شئ من اجل أطفالك الذين تحبيهم


شجاعتك مثل المحارب في الحرب
أبدا لا تهابي الموت حتى لو كانت ثمن لحياتك الغاليه
أمـــــــــــي
أنتي افضل ما لدي في الدنيا و الأخره


أمــــــــــــــــــــــــيتي
أدعوا الله الرحمن الرحيم
بأن تكوني مع الذين أتقوا الله و امنوا به
في الفردوس الأعلى

امين يا ارحم الرحمين


Friday, July 20, 2007

SubhanALLAH.....





Alhamdulillah atas kuniaan-MU ya KHALIQ, ciptaan yg tak tercipta oleh ape2 makhluk sekalipun....




SubhanALLAH..... begitu indah dan sempurna ciptaan-MU ya RABBI...........





MasyaALLAH..... cantiknya .......ALLAHuAKBAR!!!!.......................




" Dan tidaklah KAU(ya ALLAH) jadikan apa yg tercipta di sekeliling kami semua suatu yg sia-sia, Maha Suci-MU ya ALLAH...."

dan itulah kata-kata bagi orang2 yg berfikir akan kebesaran Tuhan dan yg beriman lg bertaqwa...

Moga kita semua dlm golongan yg sebegini.Ameen....
Ukhuwwah Fillah....

Tuesday, July 17, 2007

Zikrullah





Dear Friends here are some daily 'Zikr' that can be share....
May we live everyday with the 'Zikr' as part of our 'amal yaumiah. Ameen....


p.s: sorry if the description is not so clear. im sure all of you can see it well.

Ukhuwwah Fillah.........

Sunday, July 15, 2007

PENGUMUMAN!!!!!! Para sahabat sekalian

Salam sejahtera para sahabatku semua

Pada hari2 lalu sedang ana asyik menghias blog yg serba kekurangan ni, alamat blog sahabat2 sekalian hilang. maka harap dapatlah jika singgah pergilah ke chatbox ana bahagian tepi kiri ni dan silalah taip msg ape2 agar ana blh dptkn semula alamat antum semua. Maaf dipinta

Ukhuwwah Fillah,

Thursday, July 12, 2007

Mother (English version)



Mother

Mother...
You are like the sun
That gives out its light
Burning itself
for the sake to lighten up this world.....

Mother....
You are like the moon
Thats gives out the reflection of the light
For the sake to
Lighten up the darkness in the night....

Mother....
Your good deeds, for what you've done
for me i could never able to repay
i couldnt barely count everything
but never once you ask for repayment

Even if life gets tough
You still act strong and be patience
The way you gives yourself to ALLAH(REDHO)
For the sake of your beloved children......

Your braveness is like a warrior
never be afraid even if the test would take your life away
You always put yourself up and stand on your own
Mother...
you are my hero fi Dunya wal Akhiroh.......

Mother....
I pray, everyday...
So that ALLAH will put you among them
whom their heart filled with IEMAN and TAQWA...
May you be among them in paradise....
(Ameen...)

Monday, July 9, 2007

My return from MISI '07', ALLAHUAKBAR!!!!!



Alhamdulillah.... sekembali aku dari MISI '07' membawa erti yang begitu mendalam pada diriku dan memberi impak pada orang2 di sekelilingku ke arah amar ma'ruf nahi mungkar.(InsyaALLAH....)

Sebulan di sana rasanya bagaikan bertahun rasanya, ilmu yang ditimba umpama 'Javaher' (Bahasa Turki Azerbaijan) yang bermaksud barang kemas kerana ia amat berharga dan tak ternilai. Sebenarnya tak sepatutnya ku katakan ianya seperti barang kemas kerna nilainya lebih tinggi dari itu. Setiap detik ku disana memberi pengajaran yang bermakna tentang betapa perlunya kita melebarkan lagi risalah peninggalan Rasulullah saw ini tanpa memilih 'bulu'. Berikan saje pada semua... SeBaRkAn!!!!!!......

MISI '07'.... tak dapat kulupakan begitu shj, sgl pahit dan manisnya 'berlatih' memperkasakan dan melengkapkan diri dgn Tarbiyah dan praktikal dakwah. Bukan dari segi ilmu semat namun di sana pelbagai kemahiran dan ilmu yang ditimba. Ada yang takda kaitan langsung dgn dakwah pun ada tapi ia sbg ilmu tambahan yang berguna. Ingat lg mcm mane kami ikhwah dan akhawat g kelas menjahit, masing2 menunjukkan kehebatan masing2, Chewah!!! rasanye ada juga ikhwah yang lebih pandai menjahit dariku. bagusle tu...dapat blaja jahit labuci, manik2 kat sekeliling lengan baju dan leher. Seronok juga walaupun hakikatnya memang tak brape minat menjahit.

Pastu, minda teringat pula waktu kami semua berdakwah secara terang2an kat Mines Resort City. Fuh! memng mencabar dan waktu tu mc2 perasaan melanda, ada yang berkobar2, ada yang malu namun buat2 tak malu je yg penting dakwah disebarkan. Paling tak blh lupa, ana dan sorang sahabat, Kauthar. kami berdua gi edar risalah yg tlh diberi olh sorang pcik jim. Ada buku comel2 dlm Engliush version, tentang mcm mane bbrp org inggeris dpt hidayah. Ada juga dlm bhs cina yg menceritakan tnntg 'Prayer in Islam', Halal dan Haram dsbnya... tapi byk dlm bhs ibunda kita. So tgh2 kami edar risalah to all of the citizens from all race, mcm2 la kami hadapi ada yg mencemik muka, ada yg takut sbb ana dgn baju jubah,tudung labuh tibe2 nk bg risalah dlm bhs cina, terkezutlah auntie tu dgn wajah penuh syakwasangka.

Tapi Alhamdulillah ada yg 'open-minded' terima je dgn senyum. So, tgh kami jalan2 berdua, menujulah pd sekelompok wanita sebangsa dan seagama memandangkan mrk bertudung walaupun tak menepati syarat wanita muslimah tapi kami dgn lapang dada gi la kt mrk...Ana pun bagilah buku yg comel2 tu tunjukkan kt mrk, ana kata dgn senyuman dan katalah ianya hadiah takyah bayarpun. Tapi yg terkezutnye mrk buat muke pelik dan ada sorang dr mrk kata sambil tgk buku yg ana tunjuk, " Ala.... boring ar buku2 mcm ni...malaslah..."

Aduh!!! waktu tu jantung rase mcm nk tercabut je... biar betul????? Ini ke kaum saudara seagamaku??? tak terpikir ke dan tak bersyukur ke tentang kehidupan mrk disebabkan kekuasaan yg Esa??? memang nilah yg dikatkan oleh KHALIQ, dlm firmannya, Dan mrk memekakkan telinga, membutakan mata dan mengejek2 kalimah ALLAH dan org2 yg mengajak ke arah kebenaran dan memanglah neraka jahanam tempat yg elok bg mrk kalau tak sedar2 dan tak mahu bertaubat. "Ya ALLAH, bg lah mrk Hidayahmu, aku kesian tgk mrk, kesian... ada akal tapi tak guna utk renung kekuasaan-MU, tak muhasabah diri tentang azab dan bencana yg KAU tlh tunjukkan.

Tapi, walau pun dia ckp mcm tu, muka kami tetap dimaniskan, dan kami pun pujuk agar mengambil risalah2 tu dan ambil sbg hadiah kenangan dari kami,. ALhamdulillah mrk ambil wlau pun agak keterpaksaan. Kami pun fikir, takpelah ini utk kebaikan bersama juga dan bukan kepentingan kami semata.

(to be continued...)