Tuesday, July 31, 2007

Mana Keadilannya???

Assalamualaykum...
Ini sedikit perkongsian dari seorang akhi tentang kump pro-Umno di ipta yg di frowardkan ke email ana baru2 ni. Ini sbg perkongsian utk antum semua apa yg berlaku di negara kita kini.

Apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Adham Baba silap membaca surah al-Ma'un semasa hari terakhir Seminar Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia baru-baru ini, maka tidak hairanlah mengapa mahasiswa IPTA hari ini makin jauh dari pedoman al-Quran.
Juga tidak hairanlah apabila pelajar Universiti Malaya tergamak menganjurkan stupid debate ("Pertandingan Debat Bodoh lagi Membangangkan" ) yang membicarakan soal-soal seks murahan di kalangan mahasiswa baru.

Program yang menemukan seluruh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar MPP pada 9 hingga 11 September 2007 di Esset Bangi itu dikejutkan apabila Presiden MPP Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTEM) dengan berani dan bergaya bertanya kepada Adham tentang mengapa perlu ada kumpulan ASPIRASI pro-Umno di IPTA?
Sepatutnya, tambah presiden pelajar berkenaan, kita tidak perlu ada kumpulan Asprasi pro-Umno mahupun pembangkang kerana mahasiswa wajar diberi kebebasan membina identiti dan sikap tersendiri. Mahasiswa bukan budak-budak hingusan yang terpaksa akur dengan apa saja kehendak pemerintah.
Adham dengan muka yang pucat menjawab, jika itu yang dikehendaki mahasiswa maka pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedia membenarkan slogan "dari mahasiswa untuk mahasiswa" diperjuangkan oleh mahasiswa. Tidak akan ada campurtangan Umno dan mana-mana parti luar. Itu jaminan dan janji beliau.
Apa yang lebih menarik, Adham sebenarnya tidak mampu menatap wajah Presiden MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia apabila ditanya tentang kelewatan pihak UIAM memberi watikah perlantikan sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar selepas pelajar bukan Aspirasi itu memenangi pilihan raya kampus yang lalu.
Meskipun hanya UIAM yang tidak dikuasai pelajar Aspirasi pro-Umno, namun KPT dan pentadbiran universiti berkenaan secara rakus menyalahgunakan kuasa apabila menafikan kemenangan itu dalam tempoh yang begitu lama.
Semua peserta seminar kehairanan apabila Adham Baba tidak mampu menjawab, kelu seribu bahasa. Begitulah reaksi Adham. Tercegat bagaikan orang salah. Dengan muka tersipu-sipu dia diam seribu bahasa.
Yang pasti, keadilan tidak diberi kepada mahasiswa UIA. Mereka sudah memilih barisan kepemimpinan yang mereka suka, tetapi pihak universiti langsung tidak menghormati pilihan mereka itu. Inikah negara demokrasi seperti yang diuar-uarkan oleh pensyarah IPTA seluruh Malaysia?
Begitulah pengecutnya pihak KPT apabila berhadapan dengan pimpinan mahasiswa yang berwibawa dan berani mengemukakan soalan yang bernas.
Rupanya menjadi pembohong adalah syarat utama bagi orang Umno. Walaupun Adham menjanjikan tidak akan ada lagi kumpulan Aspirasi pro-Umno atau pembangkang dalam pilihan raya kampus, ternyata itu semua adalah sandiwara.
Lidah bercabang Adham terbukti apabila pada malam itu juga (11 Julai 2007), beliau telah mengadakan mesyuarat sulit dengan Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TTNC HEP) seluruh Malaysia di Pusat Komputer UKM bagi membincangkan persiapan pilihan raya kampus.
Fokus utama perjumpaan itu ialah strategi untuk memenangkan kumpulan Aspirasi pro-Umno dalam pilihan raya kampus yang dijangka diadakan pada bulan September ini. TTNC HEP sekali lagi dilacurkan dan entah sudah berapa kali dilacurkan!
Nah, apa yang hendak disangkal lagi? Umno hendak bertempur dengan budak-budak, dengan menggunakan segala bala tenteranya tanpa segan silu! Mereka tanpa henti akan membohongi mahasiswa demi kepentingan parti politik dan akhirnya menjumudkan pemikiran seluruh mahasiswa. Justeru, usah tangiskan mengapa mahasiswa sekarang sudah begitu rosak akhlak mereka.
Mahasiswa Aspirasi pro-Umno adalah umpama ayam daging dan sekarang masyhur dengan jolokan "angguk-angguk geleng-geleng" , sekadar mengampu apa sahaja hasrat Umno tanpa mengambil kira nasib rakan mahasiswa 10 tahun akan datang.


Kepada: amal_maahad@ yahoogroups. com
Daripada: are peace Tarikh: Sat, 21 Jul 2007 16:39:56 +0800 (CST)Subjek: [amal_maahad] KPT kecut

Friday, July 27, 2007

يا امي

Arabic Version

يا امي

انت مثل الشمس
التي تعطينا اشعتها
التي تحترق
من اجل ان تضئ العالم

يا امـــــــــــــي

انتي مثل القمر
الذي يعكس ضؤه في الظلام
من أجل
النور في الليل


يا أمــــــــــي
انتي الخير في كل شي فعلتيه من أجلي
و لن استطيع رد الجميل الذي فعلتيه من أجلي
أمي, كم من مرة ضحيتي من أجلي
و لم تطلبي من رد جميلك
شكرا

حتى لو قست الحياه علينا
انتي لازلتي صامده و صابره من أجلي
و أنتي التي في سبيل الله
تفعلي اي شئ من اجل أطفالك الذين تحبيهم


شجاعتك مثل المحارب في الحرب
أبدا لا تهابي الموت حتى لو كانت ثمن لحياتك الغاليه
أمـــــــــــي
أنتي افضل ما لدي في الدنيا و الأخره


أمــــــــــــــــــــــــيتي
أدعوا الله الرحمن الرحيم
بأن تكوني مع الذين أتقوا الله و امنوا به
في الفردوس الأعلى

امين يا ارحم الرحمين


Friday, July 20, 2007

SubhanALLAH.....





Alhamdulillah atas kuniaan-MU ya KHALIQ, ciptaan yg tak tercipta oleh ape2 makhluk sekalipun....




SubhanALLAH..... begitu indah dan sempurna ciptaan-MU ya RABBI...........





MasyaALLAH..... cantiknya .......ALLAHuAKBAR!!!!.......................




" Dan tidaklah KAU(ya ALLAH) jadikan apa yg tercipta di sekeliling kami semua suatu yg sia-sia, Maha Suci-MU ya ALLAH...."

dan itulah kata-kata bagi orang2 yg berfikir akan kebesaran Tuhan dan yg beriman lg bertaqwa...

Moga kita semua dlm golongan yg sebegini.Ameen....
Ukhuwwah Fillah....

Tuesday, July 17, 2007

Zikrullah





Dear Friends here are some daily 'Zikr' that can be share....
May we live everyday with the 'Zikr' as part of our 'amal yaumiah. Ameen....


p.s: sorry if the description is not so clear. im sure all of you can see it well.

Ukhuwwah Fillah.........

Sunday, July 15, 2007

PENGUMUMAN!!!!!! Para sahabat sekalian

Salam sejahtera para sahabatku semua

Pada hari2 lalu sedang ana asyik menghias blog yg serba kekurangan ni, alamat blog sahabat2 sekalian hilang. maka harap dapatlah jika singgah pergilah ke chatbox ana bahagian tepi kiri ni dan silalah taip msg ape2 agar ana blh dptkn semula alamat antum semua. Maaf dipinta

Ukhuwwah Fillah,

Thursday, July 12, 2007

Mother (English version)



Mother

Mother...
You are like the sun
That gives out its light
Burning itself
for the sake to lighten up this world.....

Mother....
You are like the moon
Thats gives out the reflection of the light
For the sake to
Lighten up the darkness in the night....

Mother....
Your good deeds, for what you've done
for me i could never able to repay
i couldnt barely count everything
but never once you ask for repayment

Even if life gets tough
You still act strong and be patience
The way you gives yourself to ALLAH(REDHO)
For the sake of your beloved children......

Your braveness is like a warrior
never be afraid even if the test would take your life away
You always put yourself up and stand on your own
Mother...
you are my hero fi Dunya wal Akhiroh.......

Mother....
I pray, everyday...
So that ALLAH will put you among them
whom their heart filled with IEMAN and TAQWA...
May you be among them in paradise....
(Ameen...)

Monday, July 9, 2007

My return from MISI '07', ALLAHUAKBAR!!!!!



Alhamdulillah.... sekembali aku dari MISI '07' membawa erti yang begitu mendalam pada diriku dan memberi impak pada orang2 di sekelilingku ke arah amar ma'ruf nahi mungkar.(InsyaALLAH....)

Sebulan di sana rasanya bagaikan bertahun rasanya, ilmu yang ditimba umpama 'Javaher' (Bahasa Turki Azerbaijan) yang bermaksud barang kemas kerana ia amat berharga dan tak ternilai. Sebenarnya tak sepatutnya ku katakan ianya seperti barang kemas kerna nilainya lebih tinggi dari itu. Setiap detik ku disana memberi pengajaran yang bermakna tentang betapa perlunya kita melebarkan lagi risalah peninggalan Rasulullah saw ini tanpa memilih 'bulu'. Berikan saje pada semua... SeBaRkAn!!!!!!......

MISI '07'.... tak dapat kulupakan begitu shj, sgl pahit dan manisnya 'berlatih' memperkasakan dan melengkapkan diri dgn Tarbiyah dan praktikal dakwah. Bukan dari segi ilmu semat namun di sana pelbagai kemahiran dan ilmu yang ditimba. Ada yang takda kaitan langsung dgn dakwah pun ada tapi ia sbg ilmu tambahan yang berguna. Ingat lg mcm mane kami ikhwah dan akhawat g kelas menjahit, masing2 menunjukkan kehebatan masing2, Chewah!!! rasanye ada juga ikhwah yang lebih pandai menjahit dariku. bagusle tu...dapat blaja jahit labuci, manik2 kat sekeliling lengan baju dan leher. Seronok juga walaupun hakikatnya memang tak brape minat menjahit.

Pastu, minda teringat pula waktu kami semua berdakwah secara terang2an kat Mines Resort City. Fuh! memng mencabar dan waktu tu mc2 perasaan melanda, ada yang berkobar2, ada yang malu namun buat2 tak malu je yg penting dakwah disebarkan. Paling tak blh lupa, ana dan sorang sahabat, Kauthar. kami berdua gi edar risalah yg tlh diberi olh sorang pcik jim. Ada buku comel2 dlm Engliush version, tentang mcm mane bbrp org inggeris dpt hidayah. Ada juga dlm bhs cina yg menceritakan tnntg 'Prayer in Islam', Halal dan Haram dsbnya... tapi byk dlm bhs ibunda kita. So tgh2 kami edar risalah to all of the citizens from all race, mcm2 la kami hadapi ada yg mencemik muka, ada yg takut sbb ana dgn baju jubah,tudung labuh tibe2 nk bg risalah dlm bhs cina, terkezutlah auntie tu dgn wajah penuh syakwasangka.

Tapi Alhamdulillah ada yg 'open-minded' terima je dgn senyum. So, tgh kami jalan2 berdua, menujulah pd sekelompok wanita sebangsa dan seagama memandangkan mrk bertudung walaupun tak menepati syarat wanita muslimah tapi kami dgn lapang dada gi la kt mrk...Ana pun bagilah buku yg comel2 tu tunjukkan kt mrk, ana kata dgn senyuman dan katalah ianya hadiah takyah bayarpun. Tapi yg terkezutnye mrk buat muke pelik dan ada sorang dr mrk kata sambil tgk buku yg ana tunjuk, " Ala.... boring ar buku2 mcm ni...malaslah..."

Aduh!!! waktu tu jantung rase mcm nk tercabut je... biar betul????? Ini ke kaum saudara seagamaku??? tak terpikir ke dan tak bersyukur ke tentang kehidupan mrk disebabkan kekuasaan yg Esa??? memang nilah yg dikatkan oleh KHALIQ, dlm firmannya, Dan mrk memekakkan telinga, membutakan mata dan mengejek2 kalimah ALLAH dan org2 yg mengajak ke arah kebenaran dan memanglah neraka jahanam tempat yg elok bg mrk kalau tak sedar2 dan tak mahu bertaubat. "Ya ALLAH, bg lah mrk Hidayahmu, aku kesian tgk mrk, kesian... ada akal tapi tak guna utk renung kekuasaan-MU, tak muhasabah diri tentang azab dan bencana yg KAU tlh tunjukkan.

Tapi, walau pun dia ckp mcm tu, muka kami tetap dimaniskan, dan kami pun pujuk agar mengambil risalah2 tu dan ambil sbg hadiah kenangan dari kami,. ALhamdulillah mrk ambil wlau pun agak keterpaksaan. Kami pun fikir, takpelah ini utk kebaikan bersama juga dan bukan kepentingan kami semata.

(to be continued...)