Tuesday, August 7, 2007

Saudara-saudaraku di Palestin...








Saudara-saudaraku....

Maafkan aku kerana tak ada disisi kalian sewaktu kekejaman zionis mula mengganas....

Aku di sini hanya mampu beri sedikit sumbangan dari segi tulisan dan duit yg tak seberapa dari jauh....

Kerna......

Kami semua di sini sedang memperjuangkan Agama dan hak manusia amnya di negara kami yg masih lg dibelenggu penjajah yg mempengaruhi pemimpin2 kami ini...

Kebanyakkannya masih lg belum lengkap keislamannya...

Hanya Rakyat2 yg berilmu dan mengambil tahu isu2 kebenaran sahaja yg kuat melaungkan dan mempertahankan Ad-Deen ini, hanya segolongan sahaj yg memperjuangkan al-Haq.

Tetapi masih ramai lagi yg minda dan mata masih lg dikaburi...

Saudara-saudaraku di Palestin.............

Acapkali ku doakan agar kalian ditetapkan iman dan hatimu agar sts tegar dan bersemangat dlm perjuangan jihad kalian itu....



Acapkali jua air mata tumpah kerana menahan sebak kerana tidak mampu dan tidak berkuasa untuk ke sana atau menghantar satu batalion tentera sebagai pertolongan dlm menegakkan Ad-Deen yg suci.....


Setiap Darah syahid yg berpercikkan, aku jua turut merasainya..........

Setiap nyawa yg masih suci yg terkorban aku turut sedih namun gembira kerna peluang mereka ke syurga terbentang luas...


Saudara-saudaraku Palestinian....

Acapkali jua aku sedih kerana kalian mungkin tak membaca setiap tulisanku serta sahabat2 lain yg memperjuangkan Haq bagi perjuangan kalian serta aku juga sedih kerana kalian tidak tahu kami di sini meminta maaf daripada kalian semua atas ketidakmampuan kami utk menyertai jihad kalian di sana....



Saudara-saudaraku kalian beruntung....
kerana berpeluang berjihad...............

saudaraku....

Acapkali jua aku kecewa dgn negara di bwh pimpinan kerajaan yg sts menindas rakyatnya sendiri dan tidak menjadikan al-Quran dan Hadith sbg pegangan utama malah menjadikan tokoh2, sistem2 penjajah sbg ikutqn sehingga kini malah ada yg mencaci-caci antara sesama mereka, dan ada juga yg memndang remeh soal agama serta meletakkan kesucian Ad-Deen terlalu rendah dan tidak meletakkannya pada tempat yg sepatutnya.....


Acapkali jua aku marah kerana ada dikalangan pemerintah, masih lg buta hati, buta minda.. tidak sedar2 tentang apa yg sdg berlaku di luar sana dan tak pula mengambil pengajaran dari luar. Segala bencana telah ALLAH turunkan tapi masih lg hati mereka buta!

Acapkali jua aku sedih kerana dlm aku menyertai golongan yg memperjuangkan Haq, aku nampak begitu tidak adil golongan seperti ini dilayan oleh gol atas.Dkecam dan ditindas pelbagai cara. Kenapa ini blh berlaku dlm negara yg melaungkan demokrasi dan mana hak rakyat???



Saudara-saudara di Palestin....
Kalianlah contoh yg baik, dlm susah senang bersama, agama masih lg menjadi utama....

mungkin negara ini perlu ditindas atau dikecam oleh kuasa ganas seperti mereka baru.................lah gol atas nak sedar rasenya.....(Nauzubillah minal zalik)

Ukuwwah Fillah

No comments: