Tuesday, July 31, 2007

Mana Keadilannya???

Assalamualaykum...
Ini sedikit perkongsian dari seorang akhi tentang kump pro-Umno di ipta yg di frowardkan ke email ana baru2 ni. Ini sbg perkongsian utk antum semua apa yg berlaku di negara kita kini.

Apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Adham Baba silap membaca surah al-Ma'un semasa hari terakhir Seminar Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia baru-baru ini, maka tidak hairanlah mengapa mahasiswa IPTA hari ini makin jauh dari pedoman al-Quran.
Juga tidak hairanlah apabila pelajar Universiti Malaya tergamak menganjurkan stupid debate ("Pertandingan Debat Bodoh lagi Membangangkan" ) yang membicarakan soal-soal seks murahan di kalangan mahasiswa baru.

Program yang menemukan seluruh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar MPP pada 9 hingga 11 September 2007 di Esset Bangi itu dikejutkan apabila Presiden MPP Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTEM) dengan berani dan bergaya bertanya kepada Adham tentang mengapa perlu ada kumpulan ASPIRASI pro-Umno di IPTA?
Sepatutnya, tambah presiden pelajar berkenaan, kita tidak perlu ada kumpulan Asprasi pro-Umno mahupun pembangkang kerana mahasiswa wajar diberi kebebasan membina identiti dan sikap tersendiri. Mahasiswa bukan budak-budak hingusan yang terpaksa akur dengan apa saja kehendak pemerintah.
Adham dengan muka yang pucat menjawab, jika itu yang dikehendaki mahasiswa maka pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedia membenarkan slogan "dari mahasiswa untuk mahasiswa" diperjuangkan oleh mahasiswa. Tidak akan ada campurtangan Umno dan mana-mana parti luar. Itu jaminan dan janji beliau.
Apa yang lebih menarik, Adham sebenarnya tidak mampu menatap wajah Presiden MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia apabila ditanya tentang kelewatan pihak UIAM memberi watikah perlantikan sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar selepas pelajar bukan Aspirasi itu memenangi pilihan raya kampus yang lalu.
Meskipun hanya UIAM yang tidak dikuasai pelajar Aspirasi pro-Umno, namun KPT dan pentadbiran universiti berkenaan secara rakus menyalahgunakan kuasa apabila menafikan kemenangan itu dalam tempoh yang begitu lama.
Semua peserta seminar kehairanan apabila Adham Baba tidak mampu menjawab, kelu seribu bahasa. Begitulah reaksi Adham. Tercegat bagaikan orang salah. Dengan muka tersipu-sipu dia diam seribu bahasa.
Yang pasti, keadilan tidak diberi kepada mahasiswa UIA. Mereka sudah memilih barisan kepemimpinan yang mereka suka, tetapi pihak universiti langsung tidak menghormati pilihan mereka itu. Inikah negara demokrasi seperti yang diuar-uarkan oleh pensyarah IPTA seluruh Malaysia?
Begitulah pengecutnya pihak KPT apabila berhadapan dengan pimpinan mahasiswa yang berwibawa dan berani mengemukakan soalan yang bernas.
Rupanya menjadi pembohong adalah syarat utama bagi orang Umno. Walaupun Adham menjanjikan tidak akan ada lagi kumpulan Aspirasi pro-Umno atau pembangkang dalam pilihan raya kampus, ternyata itu semua adalah sandiwara.
Lidah bercabang Adham terbukti apabila pada malam itu juga (11 Julai 2007), beliau telah mengadakan mesyuarat sulit dengan Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TTNC HEP) seluruh Malaysia di Pusat Komputer UKM bagi membincangkan persiapan pilihan raya kampus.
Fokus utama perjumpaan itu ialah strategi untuk memenangkan kumpulan Aspirasi pro-Umno dalam pilihan raya kampus yang dijangka diadakan pada bulan September ini. TTNC HEP sekali lagi dilacurkan dan entah sudah berapa kali dilacurkan!
Nah, apa yang hendak disangkal lagi? Umno hendak bertempur dengan budak-budak, dengan menggunakan segala bala tenteranya tanpa segan silu! Mereka tanpa henti akan membohongi mahasiswa demi kepentingan parti politik dan akhirnya menjumudkan pemikiran seluruh mahasiswa. Justeru, usah tangiskan mengapa mahasiswa sekarang sudah begitu rosak akhlak mereka.
Mahasiswa Aspirasi pro-Umno adalah umpama ayam daging dan sekarang masyhur dengan jolokan "angguk-angguk geleng-geleng" , sekadar mengampu apa sahaja hasrat Umno tanpa mengambil kira nasib rakan mahasiswa 10 tahun akan datang.


Kepada: amal_maahad@ yahoogroups. com
Daripada: are peace Tarikh: Sat, 21 Jul 2007 16:39:56 +0800 (CST)Subjek: [amal_maahad] KPT kecut

No comments: