Monday, July 9, 2007

My return from MISI '07', ALLAHUAKBAR!!!!!



Alhamdulillah.... sekembali aku dari MISI '07' membawa erti yang begitu mendalam pada diriku dan memberi impak pada orang2 di sekelilingku ke arah amar ma'ruf nahi mungkar.(InsyaALLAH....)

Sebulan di sana rasanya bagaikan bertahun rasanya, ilmu yang ditimba umpama 'Javaher' (Bahasa Turki Azerbaijan) yang bermaksud barang kemas kerana ia amat berharga dan tak ternilai. Sebenarnya tak sepatutnya ku katakan ianya seperti barang kemas kerna nilainya lebih tinggi dari itu. Setiap detik ku disana memberi pengajaran yang bermakna tentang betapa perlunya kita melebarkan lagi risalah peninggalan Rasulullah saw ini tanpa memilih 'bulu'. Berikan saje pada semua... SeBaRkAn!!!!!!......

MISI '07'.... tak dapat kulupakan begitu shj, sgl pahit dan manisnya 'berlatih' memperkasakan dan melengkapkan diri dgn Tarbiyah dan praktikal dakwah. Bukan dari segi ilmu semat namun di sana pelbagai kemahiran dan ilmu yang ditimba. Ada yang takda kaitan langsung dgn dakwah pun ada tapi ia sbg ilmu tambahan yang berguna. Ingat lg mcm mane kami ikhwah dan akhawat g kelas menjahit, masing2 menunjukkan kehebatan masing2, Chewah!!! rasanye ada juga ikhwah yang lebih pandai menjahit dariku. bagusle tu...dapat blaja jahit labuci, manik2 kat sekeliling lengan baju dan leher. Seronok juga walaupun hakikatnya memang tak brape minat menjahit.

Pastu, minda teringat pula waktu kami semua berdakwah secara terang2an kat Mines Resort City. Fuh! memng mencabar dan waktu tu mc2 perasaan melanda, ada yang berkobar2, ada yang malu namun buat2 tak malu je yg penting dakwah disebarkan. Paling tak blh lupa, ana dan sorang sahabat, Kauthar. kami berdua gi edar risalah yg tlh diberi olh sorang pcik jim. Ada buku comel2 dlm Engliush version, tentang mcm mane bbrp org inggeris dpt hidayah. Ada juga dlm bhs cina yg menceritakan tnntg 'Prayer in Islam', Halal dan Haram dsbnya... tapi byk dlm bhs ibunda kita. So tgh2 kami edar risalah to all of the citizens from all race, mcm2 la kami hadapi ada yg mencemik muka, ada yg takut sbb ana dgn baju jubah,tudung labuh tibe2 nk bg risalah dlm bhs cina, terkezutlah auntie tu dgn wajah penuh syakwasangka.

Tapi Alhamdulillah ada yg 'open-minded' terima je dgn senyum. So, tgh kami jalan2 berdua, menujulah pd sekelompok wanita sebangsa dan seagama memandangkan mrk bertudung walaupun tak menepati syarat wanita muslimah tapi kami dgn lapang dada gi la kt mrk...Ana pun bagilah buku yg comel2 tu tunjukkan kt mrk, ana kata dgn senyuman dan katalah ianya hadiah takyah bayarpun. Tapi yg terkezutnye mrk buat muke pelik dan ada sorang dr mrk kata sambil tgk buku yg ana tunjuk, " Ala.... boring ar buku2 mcm ni...malaslah..."

Aduh!!! waktu tu jantung rase mcm nk tercabut je... biar betul????? Ini ke kaum saudara seagamaku??? tak terpikir ke dan tak bersyukur ke tentang kehidupan mrk disebabkan kekuasaan yg Esa??? memang nilah yg dikatkan oleh KHALIQ, dlm firmannya, Dan mrk memekakkan telinga, membutakan mata dan mengejek2 kalimah ALLAH dan org2 yg mengajak ke arah kebenaran dan memanglah neraka jahanam tempat yg elok bg mrk kalau tak sedar2 dan tak mahu bertaubat. "Ya ALLAH, bg lah mrk Hidayahmu, aku kesian tgk mrk, kesian... ada akal tapi tak guna utk renung kekuasaan-MU, tak muhasabah diri tentang azab dan bencana yg KAU tlh tunjukkan.

Tapi, walau pun dia ckp mcm tu, muka kami tetap dimaniskan, dan kami pun pujuk agar mengambil risalah2 tu dan ambil sbg hadiah kenangan dari kami,. ALhamdulillah mrk ambil wlau pun agak keterpaksaan. Kami pun fikir, takpelah ini utk kebaikan bersama juga dan bukan kepentingan kami semata.

(to be continued...)

2 comments:

Abdul Shahiid Shafruddin said...

Wah sebuah pengalaman yang menarik. Bagusnya.

Istilah yang paling tepat bagi kengkawan kita sekarang ni adalah "aku tidak peduli-isme". Bahkan mereka sama sekali tidak peduli hal-hal yang berkaitan dengan diri mereka sendiri, inikan lagi terhadap hal-hal yang bukan berkaitan dengan diri mereka. Mereka tidak akan peduli.

Abdul Shahiid Shafruddin said...

Tahniah kepada JIM dan Karisma.

Teruskan bergerak dalam kerja-kerja dakwah. Ana pun akrab dengan JIM dan Karisma cuma mungkin sebab ana tak duduk di Malaysia jadi jarang berpeluang ikuti program-program JIM dan Karisma.

Mesir Masih seperti biasa, tak de berubahan yang menarik. Sekarang masih berramah mesra dengan suhu yang panas...

~<: taqeyyabella :>~