Thursday, May 24, 2007

MUHAMMAD SAW

Muhammad Rasulullah SAW(yg dirindui)Chapter I

Wahai Kekasih Allah,
Rahmatan lil 'alamin,
Walau tidak pernah bersua,
Namun namamu tetap
di hati serta di jiwa.......

Jiwamu suci,akhlaqmu mulia,
Dirimu tauladan sepanjang masa,
Menjadi pedoman,
bagi umat yang mengimpikan,
Kebahagiaan dunia dan akhirat...

Keperibadianmu luhur,
Tingkah lakumu yang agung,
Kemurahan hatimu,
Kelembutan jiwamu,
Itulah yang merantai jiwaku,
Serta jiwa umatmu,
Yang teramat mencintaimu,
Walau tidak pernah
mendampingi dirimu.....

Wahai khatamul Anbiya',
Tiada pengganti selepas dirimu,
Kaulah cahaya di atas cahaya,
Kaulah imam dua qiblat...

Mulianya sifatmu Ya Habiballah,
Difirmankan ALLAH SWT
dlm al-QalaamNYA,
"Dan bahawa sesungguhnya,
engkau mempunyai akhlaq yang amat mulia"....

Itulah baginda,
Pemimpin Akhirat dan Dunia....

(sambungan.. ...)

Ukhuwwah Fillah.
(Segala pujian bagi ALLAH SWT.Segala yg benar dan baik dtg dari-NYA.segala silap dan salah dtg dari ana sndiri.Wallahualam)

No comments: