Sunday, May 27, 2007

My Ummah



Ummahku

Hidup ini penuh duka,
Penuh dengan duri-duri sengsara,
Doa dijadikan pengubat luka,
Dalam hati rindu pada-Nya...
Namun sampai bila???
---------------------------------
Apabila kemanusiaan di penghujung kewarasan,
Penganiayaan satu bangsa terhadap satu bangsa yang lain,
Tanpa ada sekelumit simpati nun di hatinya...
Di kala melakukan kemungkaran dan kemusnahan,
Sedang hati diselubungi godaan nafsu,
Diapit dengan bisikan-bisikan syaitan,
Tanpa keimanan yang teguh,
Akhirnya manusia jatuh, tersungkur,
bersujud di kaki kegelapan,
Hanyut dibawa arus kelalaian,
Maka,
Hilang sudah rindu, doa serta keimanan...
-------------------------------------------
Wahai manusia,
Seluas-luasnya ilmumu,
Berbondong-bondongnya harta milikmu,
Setinggi-tingginya pangkat dan darjatmu,
Beringatlah!!!
Bahawa kau berpijak di atas bumi milik Allah,
Usahlah takbur nanti kau jua sendiri yang akan lebur...
--------------------------------------------------
Wahai manusia, sedarlah....
Usah tertipu dengan duniawi,
kesenangan di duniawi takkan berkekalan untuk selamanya,
Ia hanya sementara, umpama bahtera yang sedang belayar menuju
ke destinasinya yang utama, 'kampung Akhirat'...
---------------------------------------------------
Saudaraku...
Rasulullah saw telah meninggalkan harta pusakanya
pada kita semua...
Harta yang berkekalan selamanya,
Harta yang ternilai,
Walau zaman siling berganti,
Takkan ia lenyap dimakan usia,
Bekalan buat kita,
Yang bisa menyelamatkan kita di 'sana',
Yang menjadi saksi pembela kita agar selamat dari api neraka,
Ya, itulah harta yang baginda tinggalkan untuk kita,
Iaitu Al-Quran dan Sunnah...
Pembimbing umat, penyuluh cahaya,
pemangkin iman....
--------------------------------------------------------
Ikhwah wa Akhwat...
Usah sesekali kita mensia-siakan,
Pengorbanan dan perjuangan NAbi Muhammad saw serta para sahabatnya,
Usah biarkan kemarakan api semangat intifada mereka
terpadam oleh angin kedayusan, ketandusan, kelemahan...
Usah jadikan ia sejarah lama,
yang tinggal hanya khayalan semata...
---------------------------------------------------------
Ya mukmin wa mukminat, Bangkitlah!!!
Jadikan kemuliaan akhlaq Rasulullah sebagai tauladan terbaik
dan rujukan utamamu,
Jadikan pula laungan intifada baginda serta para sahabat
sebagai junjungan untuk dikagumi,
Jadikan keteguhan iman mereka itu sebagai inspirasi untuk diikuti,
Marakkan lagi api semangat perjuangan Islam!
Nah! dengan ini..
lahirlah semula rasa rindu pada-Nya,
pada kekasih-Nya,
lahirlah nikmat Halawatul Iman...
----------------------------------------
Insaflah wahai manusia...
Andai dihadapanmu terbentang luas ruang harapan keinsafan,
Ubah kesilapan lampaumu, usah ulanginya...
Renung-renungkanlah
di sudut kecil hatimu,
Tepuk dada, Tanyalah Iman,
Mulakan hidup seharianmu
dengan meningkatkan ketaqwaanmu,
Bina tiang keimananmu dan kukuhkanlah tiangmu itu
dengan pelbagai ibadah serta zikrullah...
-------------------------------------------------
My dear brothers and sisters,
Its an advice for all of us,
For you and me too...
---------------------------------------------------
Aku juga mengingatkan diriku jua, saudaraku...
Moga kita menjadi insan yang taati Tuhan,
InsyaALLAH akan mendapat keampunan
di atas kesalahan yang pernah kita lakukan...
(Ameen...)

1 comment:

Fauzan Ibrahim said...

Assalamualaikum. Menarik, laras bahasanya pada awal penyampaian agak menyentuh..namun bila tiba di akhiran beberapa rangkap ke bawah laras bahasanya sudah tidak sama lagi dengan yang terdahulu. Boleh jadi penulis hebat ni.wassalam